Skip to main content

PUISI GAYA E/S

I was asked to write a poem by one of my friends at home..
he wanted to recite it in front of the VC..
and he wanted the poem to be about a person, sacrifices him/
herself in saving people's lives by donating part of his/her liver...
the main thing is, i was rushing in making this piece...
so the result might not that good.... :-)
n im try to be good on Bahasa Melayu Puisi writing..try lah..hehe :-)

Aku senyumkan anak muda itu,
Dari kekusutan lama yang tertangis derita pilu,
Aku tawakan bibir nipis anak muda itu,
Hingga mampu mengukir kuntuman rindu,

Yang telah lama ditiup sengsara lalu..
Ku selak tirai hidupmu bersama anak muda itu,
Tiada arus darah yang sama kiranya begitu,
Sedangkan mungkin,

Yang melahirkannya pun tidak mampu,
Yang menjaganya pun tidak punya waktu,
Untuk memberi sekeping pintu,
Yang menjadi jalan keluar dari pedih hati sakit itu..

Hati itu kau beri kecintaan,
Hatta perasaan tidak berbalut dalam rongga kemerahan,
Walau kau tahu,
Memberi kepingan hatimu,

Ibarat memotong usia kecergasanmu..
Tidak kau peduli derita manusia lain,
Kala rintihan bekas kekasihmu menusuk kewarasanmu,
Bukan simpati yang bergelumang dalam sedarmu,

Tapi keinginan,
Keinginan untuk anak-anak lain tewas ditanganmu seperti dia..
Mampu merasa indah pada cinta walau semalaman,
Mampu merasa degup pada nadi walau seketika..

Wahai si pembela,
Sedarkah lagakmu merubah segala,
Anak muda itu telah mampu menghunus rindu,
Kala hatinya kembali berdegup laju..

Mungkin tiada siapa tahu,
Sakit yang dia tanggung,
Malah tidak pernah kau mahu beritahu,
Asalkan hati itu ikhlas bersatu,

Agar nyawa itu bernafas mampu..
Wahai si pembela,
Korbanlah sebentar jiwa mu umpama wira,
Kembalikan semangat kentalmu nun jauh di Sabah,

Mungkin keikhlasan mu setinggi permata,
Mampu mengulit semula cinta secantik purnama…
Walau kau bakal menyusuri liku,
Kerana hatimu bercerai ke situ,

Ke hati jasad yang amat perlu,
Kerana cintamu pada manusia yang perlu..
Sungguh,
Dalam hatimu itu,

Tidak ramai manusia tahu akan deritamu,
Dalam hatimu itu,
Tidak beribu manusia tahu pengorbananmu,
Memberi sedikit ruang hati mu pada yang perlu,

Sedang kau bakal tangisi pemberianmu..
Sesungguhnya,
Pengorbananmu hatimu ku kagumi,
Kesanggupanmu ku ratapi,

Keikhlasanmu ku rasai…….
Dan pahala berganda akan dirai…..
Dalam hati mu wahai Si Penderma Hati,
Kau la wira sejati….

Comments

Popular posts from this blog

WHY SPARKLING FOR PEOPLE WITH MONEY?

SPARKLING SKINCARE ADALAH SET PENJAGAAN WAJAH YANG MENGGUNAKAN TEKNOLOGI
DARI KOREA ( TONER ESSENCE DAN DAILY SERUM) SERTA FILIPINA (CLEANSER DAN GLUTAWHITE KOJIC NIGHT CREAM) APA KEHEBATAN SPARKLING SKINCARE BERBANDING SET PENJAGAAN WAJAH LAIN DI MALAYSIA?                 MENGIKUT SEJARAH SPARKLING SKINCARE, ia adalah set penjagaan wajah yang dihasilkan pada tahun penghujung 2010. Dimana, skincare ini hanya mempunyai Cleanser dan juga Glutawhite Night Cream. Dimana kedua bahan ini adalah dari penghasilan negara filipina. Ia mula di perkenalkan oleh instagram "loveandcherry" kini berubah kepada nama suaraharanton (acc instagram ini di hack).
                 Pada bulan 3 tahun 2011, dengan sambutan Cleanser dan Glutawhite ini meningkat, maka founder mula menjengah apa yang terbaik untuk dimasukkan di dalam set nya. Kerana, ketika tahun 2011 Malaysia dilanda Skincare mesti mempunyai 4 items sekurangnya. Ketika itu, founder hanya menjumpai Essence toner pati lemon yang sejuk dar…

WAH..Anugerah Skrin 2009..

wah da lme btol x tlis blog..
da lme btol x berdialog ngan kwn2..
hmm..mungkin dsbabkan kesibukan yg cam hanj..
terpaksa melupakn skjp berBLOGGING in..
well..ni just nk upload skit pic2 yg..
tergendalan..n beberapa caption utk..
setiap pic..hehe..enjoy..
ni pic sewaktu aku kne cover ASK09 (anugerah skrin 09)
bertempat di dewan PWTC..bertemakan ala2 arab..
Hikayat 1001 Malam..then aku pkai bju tido la..hehe..

ni pic sewaktu aku mintak WAN SHARMILA.. wish utk 4oth URTV..yg tengah tu unknown..

ni EIRMA TV3..thx to EIRMA..
yg pnting 1st time tgk EIRMA Egyptian..
haha..sgt2 cool2..
ni pic antara wartawan2 yg BEST..
bergambar bersama artis2..

APA YANG SAYA AMALKAN?

sebelum mencuci muka..
mahu ramai terpikat dengan kita?
dan sayang akan kita..
even clash pun masih lagi ada
yang nak kita balik..
amalkan..
bacaan 2 kalimah syahadah,
selawat 3 kali,
al-fatihah sekali,
ayat 3 kul sekali..
sebut nama panjang kita
berserta BIN atau BINTI..
dan sebutlah..
"ya allah ya tuhanku, ampunkan segala dosa ku,
dosa kedua ibu-bapaku,
serta muslimin muslimat mu yang lain,
samada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia,

"ya allah berilah aku kesihatan yang baik,
naikkanlah segala cahaya seri seluruh tubuhku
yang engkau cipta dengan sempurna,
seseungguhnya aku mahu segala
cahaya seri tubuh badan dan wajahku
menyejukkan setiap mata yang memandang,
amin.."



then cuci muka dengan
barangan MUSTIKA RATU
makan jamu untuk bersih darah
dan segala toksin dalam badan :)
huhu.. then kalau boleh..
mandi guna shower..
mata kena buka..
baru bersinar then xyah pakai lens da..
poyo je pakai lens haha.. :P